Keterangan Logo
Logo Persatuan ini berbentuk dua bulatan yang melengkung berwarna ungu dan hijau, di tengah- tengah bulatan terdapat perkataan Menjana Keterbilangan Desa yang ditulis dalam huruf roman berwarna merah. Di keliling bulatan di sebelah kanan terdapat grafik pokok kelapa dan di sebelah kiri bulatan terdapat tiga kuntum bunga raya yang berwarna merah dan biru. Terdapat tiga bulatan kecil berwarna biru, di bawahnya terdapat perkataan “DES” dan “MA” berwarna putih di dalam kotak segi empat tepat yang berwarna biru.
Keterangan Rekabentuk Logo
- Bulatan Besar bermaksud kesepakatan, permuafakatan dan perpaduan dalam segala perancangan dan perlaksanaan memajukan desa.
- Perkataan “Menjana Keterbilangan Desa” bermaksud DESMA akan berganding bahu dalam membangunkan desa-desa di Malaysia melalui prinsip permuafakatan yang digabungjalinkan dengan prinsip-prinsip inovasi, kreativiti, teknologi, nasihat/petua dahulukala, penyelidikan, amalan terbaik dan peradaban Islam.
- Pokok Kelapa bermaksud lambang yang mewakil desa-desa di Malaysia dan telah menjadi sinonim dengan masyarakat desa.
- Tiga kuntum bunga raya bermaksud desa-desa yang terdapat di dalam Malaysia dengan pelbagai nama.
- 3 Bulatan Kecil bermaksud berteraskan tiga elemen iaitu MAJU, MENARIK dan MENGUNTUNGKAN untuk meningkatkan ekonomi desa selaras dengan hasrat membangunkan kawasan desa.
- Objek Orang Berganding Bahu bermaksud DESMA sentiasa berganding bahu, bekerjasama dan berusaha gigih di dalam mencapai matlamat dan objektif penubuhannya
Keterangan Warna Logo
- Warna Merah melambangkan semangat kental dan usaha gigih untuk mencapai kejayaan dalam setiap program yang dilaksanakan oleh Persatuan.
- Warna Biru melambangkan ketenangan jiwa dan menjunjung kedaulatan negara dalam melaksanakan segala program dan aktiviti Persatuan
- Warna Ungu melambangkan semangat perjuangan menjayakan cita-cita dan harapan Persatuan dalam membangunkan semua desa di Malaysia agar menjadi lebih terbilang dengan penuh ketenangan dan kedamaian serta beroleh kejayaan yang berterusan.
- Warna Putih melambangkan niat suci dan murni serta harapan dan hasrat Persatuan untuk memberi khidmat dan manfaat kepada seluruh ahli.
- Warna Hijau melambangkan suasana desa dan juga bermaksud “Laluan Hijau” diperjuangkan agar segala matlamat dapat dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment