Tuesday, 19 February 2013

Pengenalan

Persatuan Penduduk Desa Malaysia (DESMA) ditubuhkan bertujuan untuk:

MATLAMAT 
  1. Bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha memantapkan dan menyatukan kepimpinan akar umbi semua kampung bagi mewujudkan sistem penyampaian yang dapat meningkatkan keberkesanan jentera pelaksanaan KKLW sedia ada
  2. Bekerjasama dengan KKLW dalam usaha menerapkan budaya ekonomi desa yang mapan ke dalam sistem urus tadbir desa bagi mewujudkan entiti kepimpinan yang berdikari serta mampu menggerakkan penyertaan aktif ahli masyarakat setempat dalam aktiviti sosioekonomi yang dilaksanakan
  3. Bekerjasama dengan KKLW dalam usaha meningkatkan kesedaran, kemahiran dan pengetahuan penduduk luar bandar untuk melengkapkan diri masing-masing dengan modal insan yang relevan untuk menjamin kesejahteraan hidup dunia-akhirat. 
  4. Bekerjasama dengan KKLW untuk mempertahan dan memperjuangkan kepentingan geo-politik masyarakat dan kawasan luar bandar yang perlu diberi perhatian utama, khususnya yang melibatkan hak, maruah, kebajikan, rintihan dan keperluan masa depan.

OBJEKTIF
  1. Berusaha membantu KKLW dalam tranformasi urus-tadbir pembangunan kampung/ desa ke tahap berkesan menerusi pelbagai program pembangunan modal insan 
  2. Merundingkan dan insentif galakkan dengan pelbagai pihak bagi membolehkan pembangunan kampung/desa dipacu dan diterajui melalui pendekatan menang-menang.
  3. Memberi maklumbalas kepada pelbagai pihak untuk menambahbaik program-program sedia ada; serta mencadangkan idea baru bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian serta jentera pelaksanaan program.
  4. Menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam setiap program atau projek pembangunan desa anjuran pihak Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan
  5. Menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan/Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung dengan pembangunan kampung/desa 
  6. Mewujudkan persefahaman mantap melalui program/ projek bersama yang menjurus kepada aspek perkongsian pendapat, pengalaman dan idea.
  7. Membantu kampung-kampung yang mempunyai warisan sejarah dalam pelbagai bidang dapat diwartakan sebagai Kampung Warisan Negara oleh Kementerian Komunikasi, Kebudayaan, Warisan dan Perpaduan.

No comments:

Post a Comment